20 June 2010

47. Doa yang benar adalah persekutuan dengan Elohim

Mazmur 27 : 8

Hatiku mengikuti Firman-Mu; "marilah menyembah Dia"
Carilah wajahku; maka aku segera datang, ya TUHAN.


Mazmur 62:9

Hai bangsaku, percayalah kepada Elohim setiap waktu, curahkanlah segala kesusahanmu kepada-Nya; Elohim adalah tempat perlindungan kita.

Yeremia 17 : 14

Ya TUHAN sembuhkanlah aku, supaya aku sihat, selamatkanlah aku maka aku akan selamat, Engkau sahaja segala pujianku!

I Tesalonika 5 : 17, 18

Tetaplah berdoa. Mengucap syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dihendaki Elohim didalam Yesus Kristus bagi kamu.

Yohanes 15 : 7

Jika kamu tinggal didalam Aku dan Firmanku tinggal didalam kamu, mintalah apa sahaja yang kamu hendaki, dan kamu akan menerimanya.

Mazmur 34: 4

Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku, marilah bersama-sama memuji nama-Nya.

Mazmur 66 : 18; 25 : 11

Seandainya ada niat jahat dalam hatiku, tentulah Elohim tidak mahu mendengar.
Oleh kerana nama-Mu, ya TUHAN, ampunilah kesalahanku, sebab besar kesalahan itu.