20 June 2010

48. Yesus segera datang - Bersiap-siaplah

I Tesalonika 4 : 16, 17

Sebab pada waktu tanda diberi, iaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkala Elohim berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari syurga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu, kita yang masih hidup pada waktu itu yang masih tinggal, akan di angkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong untuk berjumpa dengan Elohim diangkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan.

II Korintus 7 : 1

Saudara-saudaraku yang kekasih, kerana kita sekarang memiliki janji-janji itu, marilah kita menyucikan diri kita dari semua pencemaran jasmani dan rohani, dengan demikian menyempurnakan kekudusan kita dalam takut akan Elohim.

I Yahones 2 : 28

Maka sekarang, anak-anakku, tinggallah didalam Kristus, supaya apabila Ia menyatakan diri-Nya, kita beroleh keberanian percaya dan tak usah malu terhadap Dia pada hari kedatangan-Nya.

Lukas 12 : 40

Hendaklah kamu juga siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu sangkakan.