19 June 2010

Penulisan Al-kitab

Apabila kita menumpukan perhatian kepada Al-Kitab/Injil pula, adakah apa-apa perbezaan di dalamnya?

Mashaf-nashaf Kitab Suci Injil yang terawal bertarikh dari abad ke-4 tahun Masehi, yaitu Kodeks Sinaiticus di Perpustakaan British dan Kodeks Vaticanus di perpustakaan Vatican, Roma. Kodeks Papyri Chester Beatty pula bertarikh dari 200 T.M. dan mengandungi sebahagian besar Kitab Suci Injil. Masahif lengkap Perjanjian Lama (Taurat, Zabur dan Nabi-nabi) yang paling awal ialah mashaf Babylonicus Petropolitanus (1000 T.M.). Walau begitu ada juga wujud mashaf-mashaf Al-Kitab yang lebih awal, seperti Masahif Laut Mati (Dead Sea Scrolls).Terdapat satu cabang ilmu pengkajian dan kaedah penyelidikan dikalangan para ilmuan Nasrani Kristian yang digelar ilmu Sains Kritik Masahif.

Pengkajian ini berupaya memastikan kesahihan sesuatu mashaf Kiatb Suci yang tertentu. Jadi apakah pula kata-putus tentang Kitab Suci Injil dan Al-Kitab ? Adakah ia boleh diyakini dan dipercayai pembaca-pembacanya? Apakah mana-mana ajaran Kristian didapati tercela akibat daripada ilmu Sains Kritik Masahif ini ? Jauh sekali! Tetapi sebab-sebab untuk variasi atau kurangnya jumlah masahif yang terawal seharusnya diselidiki dengan rapi.

Bagi Kitab Suci Injil sebab-sebabnya tidak jelas atau rosak adalah munasabah. Papyrus yaitu sejenis kertas tulisan yang wujud pada abad pertama Tahun Masehi, didapati bereput dengan mudah. Sebagai contoh, ada tiga tokoh-tokoh dan para ilmuan mashyur dari zaman yang sama yaitu Tacitus, Kaisar dan Pliny yang telah menghasilkan rekod-rekod bertulis. Tulisan mereka mempunyai jurang masa antara 750-1,200 tahun di antara tarikh pencatatan dan mashafnya yang terawal. Hakikatnya ialah : terdapat sejumlah yang amat besar masahif awal catatan-catatan Kitab Suci Injil berbanding dengan mana-mana karya bertulis atau Kitab lama yang lain!

Akibatnya situasi ini melahirkan komen daripada para ahli sejarawan seperti berikut :Jika ada kecurigaan yang serius terhadap Kitab Suci Injil hari ini, keyakinan dan penerimaan segala karya-karya bertulis zaman kuno dahulu terpaksa diketepikan dan dicurigakan juga! Kerana hakikatnya ialah tidak ada mana-mana masahif lama dari zaman dahulu yang memiliki sokongan sejarah dan pengesahan bibliografik yang boleh berbanding dengan masahif Kitab Suci Injil. Tidak dapat satu pun pengajaran Nasrani Kristian (doktrin-doktrinnya) yang bergantung kepada mana-mana variasi yang dicurigakan secara sejarah atau pun Sains Kritik Masahif, juga ilmu Sains ini telah dapat memastikan pembacaan yang betul dan tepat pada semua kes-kes yang berkenaan.

Lagipun perlu diingati bahawa iman Nasrani pada mulanya telah mengalami ujian yang runcing dan berat dengan penganiyaan dan penindasan yang besar keatasnya. Pada 300 tahun pertamanya, umat Kristian Nasrani tidak mendapat perlindungan daripada mana-mana pihak, kecuali Allah Ta'ala dan juga terbuka kepada rampasan dan pemusnahan keatas koleksi Kitab-kitab suci mereka. Dalam kes Al-Kitab dan Injil , wujudnya banyak dalil dewasa ini dan semasa yang menyokong kesahihannya. Tulisan-tulisan Bapa-bapa Gereja ('church Fathers') mengandungi nas Kitab Suci Injil yang PENUH (kecuali 11 baris). Bukti-bukti yang ada menunjukkan teks ini sudah pun wujud sebelum bersidangnya Majlis Nicea pada 325 T.M.(12) Terdapa juga rekod-rekod daripada tokoh-tokoh dan ahli sejarawan (bukan Nasrani) seperti Tacitus, Lucian dan Josephus dari abad pertama dan kedua T.M. yang merujuk kepada,diantara lain, peristiwa Penyaliban Al-Masih 'Isa.(13)

Dalil-dalil bagi Kitab Suci Injil jauh lebih kukuh! Kerja-kerja penggalian di Kota Baitul Muqqadis dewasa ini telah menemukan batu-batan kaki lima yang dijalani Al-Masih 'Isa sendiri sambil baginda berjalan memasuki Bait Suci di Kota Baitul Muqqadis! Juga, pada suatu masa dahulu ahli-ahli sejarawan telah menganggap kota Ur, yaitu kampung halaman nenek moyang Nabi Ibrahim sebagai satu cerita dongeng dan mitos! Akan tetapi kota Ur ini telah dikaji-gali dengan jayanya pada tahun 1920-an dan banyak barang peninggalan dan bahan-bahan hasil penggalian tersebut dipamirkan secara terbuka di Muzium British di kota London dari ini.Maklumat dan data-data yang dapat dikesan sehingga zaman pemerintahan kerajaan bersatu Israel sudah pun dikenali selama ini, tetapi menjadi lebih rumit dan sulit pabila pengkaji-pengkaji cuba memperolehi data-data tentang zaman yang lebih awal daripada itu.

Walau bagaimanapun dewasa ini penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh seorang bangsa British, En.David Rohl yaitu juga seorang pakar kaji purbakala sejarah Mesir, telah banyak menerangi bidang yang agak 'gelap' ini dengan pelita penyelidikan dan kajian-kajiannya. Setelah beliau selaraskan kebanyakan salasilah dalam sejarah kuno Mesir-yang tentukan kebanyakan tarikh-tarikh utama dalam sejarah kawasan Timur-tengah -pakar Dr.Rohl ini telah memperolehi banyak bukti tentang masa usiran Yahudi (Hebrew exile) di negeri Mesir dan juga rekod-rekod mengenai penawanan tanah Kanaan. Pengkajian dan buku-buku David Rohl ini mempunyai masa depan yang amat cerah dalam bidang pengkajian ini.

KesimpulanSeperti yang telah terhurai di atas, tafsiran kita mengenai hal-hal keagamaan kita senang sekali dipengaruhi oleh prasangka dan salah-tanggapan. Walaupun begitu. kebenarannya sememangnya wujud di luar sana. Marilah kita menggulung kajian kita dengan meninjau ketiga-tiga kategori dalil-dalil di atas sekali lagi.Tentang mekwujudan Masahif yang lama, Al-Kitab merupakan kekurangan mashaf-mashaf asalnya tetapi memiliki banyak teks variasi sebagai satu 'sumber alternatif/kedua'. Tetapi dengan menyelidikinya secara lebih teliti, terdapat banyak sebab-sebab yang wajar yang mengesahkan keadaan tersebut dan didapati Kitab Suci Injil mempunyai keyakinan yang terbaik sekali di antara kitab-kitab kuno yang lain. Ia 'lulus ujian-ujian runcing' yang diadakan oleh Sains Kritik Masahif keatasnya.

Dari segi kaedah dokumentasi semasa pula, teks Kitab Suci Injil khususnya memiliki sokongan dalil-dalil yang kukuh daripada rekod dan mashaf-mashaf peninggalan Bapa-bapa Gereja, dan perkara-perkara sejarahnya diperjelaskan dan disahkan oleh sumber-sumber sejarah bebas yang lain.

Akihrnya, dari segi arkeologi dan sains kaji purbakala, Al-Kitab mempunyai jauh lebih banyak dan berjenis-jenis bukti dan dalil-dalil yang memberi sokongan mereka kepada kesahihannya.Jadi, kesimpulannya adalah mudah sekali. Al-Kitab dan Injil mempunyai lebih banyak sokongan dan pengesahan daripada sumber-sumber sejarah berbanding dengan Kitab-kitab lain. Kitab Suci Injil sudah jelasnya adalah satu rekod yang lebih berwibawa dan berkeyakinan tentang kerja Tuhan Allah yang melibatkan DiriNya dalam sejarah Manusia, jauh lebih daripada mana-mana rekod atau pun Kitab suci yang lain.

Suatu kenyataan bahawa kita sekarang masih memiliki Alkitab adalah suatu keajaiban yang luar biasa. Bila kita perhatikan sejarahnya yang penuh dengan perlawanan dan penganiayaan sepanjang abad, kita merasa hairan mengapa Alkitab masih tetap ada sampai sekarang. Bukan hanya orang-orang jahat yang mengkritik Alkitab, tetapi Kitab ini sangat dibenci oleh Iblis dan kuasa-kuasa kejahatan. Namun demikian selidikilah Kitab itu sekarang. Jelaslah bahwa Alkitab adalah Kitab yang terbesar di dunia pada masa ini.

Al-Kitab seperti yang kita tahu terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama diawali dengan 5 Kitab Taurat Musa. Perjanjian Baru diawali dengan 4 Kitab Injil. Alkitab ditulis oleh 40 orang yang berbeda.
Latar belakang para penulisnya pun bermacam-macam, ada nabi (Yeremia), imam (Zakharia), gembala (Amos), raja (Daud), pelayan raja (Nehemia), tabib (Lukas), tukang pajak (Matius), dan orang Farisi (Paulus)Alkitab ditulis dalam kurun waktu 1600 tahun. Kitab terakhir Perjanjian Lama Kitab Maleakhi ditulis 400 tahun SM.

Jadi jangka waktu antara penulisan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru lebih dari 400 tahun.Walaupun demikian, isi Alkitab tetap merupakan satu kesatuan yang selaras. Bagaikan cabang, akar, batang, dan daun yang menjadi satu pohon. Semuanya mengarah pada pemberitaan dan pengajaran tentang keselamatan yang dianugerahkan Allah Yang Maha Adil sekaligus Maha Pengasih dan Penyayang kepada manusia melalui pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib.

Kitab Taurat (Pentateukh) terdiri dari 5 kitab, yaitu Kitab Kejadian (Genesis) yang menggambarkan kemaha-kuasaan Allah, Kitab Keluaran (Exodus) menggambarkan kedaulatan Allah, Kitab Imamat Orang Lewi (Leviticus) menggambarkan kekudusan aAlah, Kitab Bilangan (Numbers) menggambarkan keadilan Allah, dan Kitab Ulangan (Deuteronomy) yang menggambarkan kesetiaan Allah. Sedang Kitab Injil ada 4, yaitu yang ditulis oleh Matius yang menekankan Yesus sebagai Juruselamat (Mesias), Injil Markus menggambarkan Yesus sebagai hamba yang melayani, Injil Lukas melukiskan Yesus sebagai Anak Manusia, dan Injil Yohanes yang membuktikan Yesus sebagai Anak Allah.

Kitab Taurat ditulis pertama kali pada tahun 1445 – 1405 SM (Sebelum Masehi) oleh nabi Musa.(Luar biasa bukan? Bayangkan,satu-satunya buku terkuno yang ditulis 3450 tahun yang lalu yang masih diterbitkan secara lengkap sampai sekarang! Coba cari buku atau tulisan lain yang seperti itu.)Nabi Musa menulis Kitab Taurat berdasarkan apa yang diberitahukan oleh Allah secara langsung kepadanya, tidak melalui malaikat Jibril, dan tidak dari karangan, khayalan atau idenya sendiri.Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Sesungguhnya Aku akan datang kepadamu dalam awan yang tebal, dengan maksud supaya dapat didengar oleh bangsa itu apabila Aku berbicara dengan engkau, dan juga supaya mereka senantiasa percaya kepadamu." Lalu Musa memberitahukan perkataan bangsa itu kepada TUHAN.(Keluaran 19:9)Dan TUHAN berbicara kepada Musa dengan berhadapan muka seperti seorang berbicara kepada temannya; kemudian kembalilah ia (Musa) ke perkemahan.

Tetapi abdinya, Yosua bin Nun, seorang yang masih muda, tidaklah meninggalkan kemah itu.(Keluaran 33:11)Ketika Musa turun dari gunung Sinai -- kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu -- tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan TUHAN.(Keluaran 34:29)Kitab Taurat menceritakan mengenai asal mula bumi ini, manusia pertama (Adam dan Hawa), kejatuhan manusia dalam dosa, janji Allah pertama kali akan datangnya Juruselamat manusia, dan riwayat bangsa Israel yang menggambarkan riwayat manusia.Israel (artinya ”Yang Bergumul Dengan Allah”, kisahnya ada di Kejadian 32) menggambarkan riwayat manusia yang ditakdirkan mencari Allah yang sejati, dan tidak akan pernah tenang hatinya sebelum bertemu dengan Tuhan Allah penciptanya.Riwayat bani Israel sebenarnya menggambarkan keadaan dan riwayat manusia, yaitu :
1. Bangsa Israel (Israel jasmani) diperbudak di Mesir --> Manusia (Israel rohani) diperbudak oleh dosa.

2. Bangsa Israel dilepaskan dari perbudakan Mesir oleh Musa (yang kepemimpinannya dilanjutkan oleh Yosua)--> Manusia dilepaskan dari perbudakan dosa oleh Yesus Kristus (= Yeshua Hamasiah = Isa Almasih = Juruselamat Yang Diurapi)

3. Bangsa Israel menjadi pengembara di padang gurun menuju tanah Kanaan yang berlimpah air susu dan madunya.--> Manusia setelah diselamatkan, masih harus menjalani kehidupan di dunia yang serba sulit menuju ke surga yang berlimpah dengan segala hal yang baik.

4. Bangsa Israel memerlukan seorang pengantara antara mereka dan Allah (Keluaran 20:19 Mereka berkata kepada Musa: "Engkaulah berbicara dengan kami, maka kami akan mendengarkan; tetapi janganlah Allah berbicara dengan kami, nanti kami mati.")--> Manusia juga memerlukan pengantara antara kita dengan Allah yang Maha Besar, dan Pengantara yang sejati itu adalah manusia ilahi Yesus Kristus.

5. Tidak semua bangsa Israel berhasil masuk ke tanah Kanaan --> Tidak semua manusia yang mula-mula selamat tetap selamat. Manusia bisa murtad di tengah jalan.

6. Akhirnya bukan Musa melainkan Yoshua yang berhasil membawa bangsa Israel masuk tanah Kanaan --> Bukan menjalankan ritual secara agamawi yang bisa membawa manusia masuk ke surga, tapi oleh karya Yesus Kristus (Yoshua berarti Yahweh memberi keselamatan. Yosua = Yeshua = Yesus)

7. Untuk menghadap Allah Yang Maha Suci, bani Israel harus mencurahkan darah binatang (domba, lembu) sebagai korban penghapus dosa –-> Untuk menghadap Allah Yang Maha Suci, manusia harus percaya pada Yesus yang sudah mencurahkan darah-Nya yang kudus sebagai korban penghapus dosa.

8. Bangsa Israel harus melewati sungai Yordan untuk masuk ke tanah Kanaan --> manusia harus melewati kematian untuk menuju ke kekekalan.

Alkitab adalah buku dari segala buku, karena Alkitab adalah buku karya Allah sendiri. Alkitab juga adalah buku terlaris di dunia. Tidak ada buku lain yang telah diterjemahkan ke dalam begitu banyak bahasa – lebih dari 2.233 bahasa pada akhir tahun 1999 - dan yang disebarkan dalam jumlah ratusan juta eksemplar setiap tahun, bahkan pada saat ini ada ratusan proyek penerjemahan Alkitab sedang diselenggarakan di seluruh dunia, termasuk puluhan proyek penerjemahan yang sedang dikerjakan Lembaga Alkitab Indonesia. Bila terjemahan-terjemahan ini selesai, berarti lebih dari 97% penduduk di seluruh dunia akan dapat membaca atau mendengar Firman Allah dalam bahasa mereka sendiri.(Sumber:http://www.alk%20itab.or.id/visi-misi/penerjema%20han.htm

Alkitab adalah satu-satunya buku yang dapat menunjukkan kepada kita mengapa kita hidup di dunia ini, dari mana asal kita, ke mana kita akan pergi, siapakah yang menciptakan kita, apa tujuan kita diciptakan, bagaimana kita harus hidup agar tujuan kita diciptakan itu tercapai.

Bahkan dalam Alquran Kitab Al Baqarah (2:121) pun ditulis :Orang-orang yang telah Kami berikan Alkitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya; mereka beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(Alladziina aatainaa humul kitaaba yatluunahuu haqqa tilaawatihii ulaa-ika, yu’minuuna bihii wa may yakfur bihii faulaa-ika humul khaasiruun.)

Dalam Kitab Al Maa-idah (5:46) tertulis :Dan Kami telah iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israel) dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya kitab Injil di dalamnya (berisi) petunjuk dan cahaya (yang menerangi) dan membenarkan kitab sebelumnya, yaitu kitab Taurat, dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertaqwa.

(Wa qaffainaa ’alaa aatsaarihim bi ’iisabni maryama mushaddiqal li maa bainaa yadaihi minat tauraati wa aatainaahul injiila fiihi huda wa nuuruw wa mushaddiqal li maa baina yadaihi minat tauraati wa hudaw wa mau’izhatal lil muttaqiin).

Alkitab (Firman Tuhan) adalahMakanan untuk menguatkan,
Cahaya untuk menuntun,Cermin untuk berkaca,
Dan pedang untuk berperang.
Believe in God’s Words simply, because it is God who says it!

Mudah-mudahan fakta dan sejarah ini dapat dapat membantu saudara-saudaraku yang masih ingin mencari kebenaran.